APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Projek pembangunan laman sesawang
ini merupakan projek utama bagi kursus Apresiasi Teknologi Maklumat (LMCR2273)
kepada mahasiswa/i yang mengikuti program Pusat Citra Universiti Kebangsaan
Malaysia. Mahasiswa/i hendaklah membuat laporan berkenaan projek yang telah
dilaksanakan. Projek yang dirancang ialah pembangunan laman sesawang di
kawasan perumahan Kampung Sungai Sekamat, 43000 Kajang, Selangor.
Projek ini telah dibimbing oleh pensyarah iaitu, En. Rafizi bin Salleh. Projek yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu masyarakat di taman perumahan terbabit mempromosikan taman tersebut.
Selain itu, penglibatan mahasiswa dalam projek
pembangunan laman sesawang dapat membantu meluaskan jaringan perhubungan
dengan masyarakat taman perumahan terbabit. Malahan, mahasiswa dapat menguasai
kemahiran asas dalam aspek teknologi maklumat dengan baik.
Pembinaan laman sesawang ini dapat membantu orang
ramai memperolehi maklumat mengenai Kampung Sungai Sekamat dengan mudah serta
menjadi titik perhubungan dengan masyarakat luar.



Comments
Post a Comment