KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat di Sungai Sekamat ialah:


Homestay
Homestay ini terletak di Sungai Sekamat dan menyediakan perkhidmatan rumah tumpang untuk keluarga dan komunit. menyediakan penginapan alternatif berkonsepkan rumah kediaman.

Dewan Orang Ramai


Kedai Runcit
Terdapat lebih banyak deretan kedai runcit di Sungai Sekamat yang diusahakan oleh kebanyakkan penduduk di situ. 


Masjid Sungai Sekamat
Masjid ini menjadi tempat beribadat bagi penduduk beragama Islam di Kampung Sungai Sekamat. ia menjadi pusat penyatuan dan segala maklumat/ info terkini mengenai program dan organisasi masjid boleh dirujuk melalui website ini :  Klik Sini


Klinik Kesihatan
Klinik kesihatan yang telah ditubuhkan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan.

Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat

Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1947. Pada peringkat awal, bangunan sekolah ini hanya beratap rumbia, usahasama oleh penduduk sekitar kampung Sungai Sekamat diatas sebidang tanah wakaf kepunyaan allahyarhamah Hajah Shamsiah bte Mohd Jali. Pada masa itu, ia dinamakan Sekolah Rakyat, di mana Pn. Hajah Shamsiah sendiri telah menjadi tenaga pengajar yang pertama disitu. Selama 3 bulan. Beliau telah menamatkan perkhidmatanya setelah seorang guru besar telah dihantar untuk berkhidmat disitu oleh kerajaan, iaitu En. Mohd. Ali bin Abdullah. Pada 1 hb September 1964, pihak kerajaan telah menguruskan pembinaan sebuah bangunan yang baru diatas sebuah tapak yang baru juga iaitu tapak bangunan sekarang. 
Pada 22hb Jun 1964, Bangunan baru siap dibina dan mula digunakan. Bangunan tersebut terdiri daripada 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru besar. Ketika itu terdapat 209 orang murid dan 10 orang tenaga pengajar termasuk guru besar. Bangunan sekolah berkenaan telah dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Mohd Khir Johari iaitu Menteri Pelajaran Malaysia (ketika itu) pada 15hb Julai 1965. Pada 6hb Jun 1983, sebuah bangunan 3 tingkat telah didirikan dan digunakan sebagai menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah seiring dengan bertambahnya penduduk disekitar Kampung Sungai Sekamat itu sendiri. Bilangan pelajar telah meningkat sehingga 360 orang. Tenaga pengajar juga telah bertambah kepada 15 orang. Bangunan baru tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato' Khalil bin Yaakob iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.
Pada tahun 1995, sebuah bangunan baru 3 tingkat yang terdiri daripada 12 bilik darjah telah siap dan digunakan. Bilangan murid pada ketika itu telah meningkat kepada 1400 orang dan 65 orang tenaga pengajar. Pada tahun 2000, sebuah bangunan baru telah didirikan dengan kelengkapan 10 bilik darjah, sebuah makmal, dan sebuah bilik khas untuk pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Pada ketika itu bilangan pelajar telah meningkat kepada 1700 orang dan 86 tenaga pengajar termasuk kakitangan sokongan. Pada tahun 2001, sebuah pavilion telah didirikan hasil usaha PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat untuk kegunaan para pelajar buat masa ini, pavilion tersebut dalam proses peningkatan taraf. Pada tahun 2001 juga, terdirinya sebuah surau baru bagi menggantikan surau lama yang telah dirobohkan untuk mendirikan Pavilion tersebut.


Spa untuk Muslimah
Spa ini merupakan antara tarikan dan kemudahan yang terdapat di Kampung Sungai Sekamat. Muslimah home and mobile spa ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan boleh dirujuk di sini


Pusat Jagaan al-Fikrah
Terletak di Kampung Sungai Sikamat, Kajang, Selangor, Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia merupakan sebuah pusat kebajikan untuk warga emas, pesakit-pesakit kronik, orang kurang upaya, mereka yang tiada waris atau terbiar serta mualaf. Kini ia didiami oleh seramai 70 orang penghuni berusia antara 20 hingga 92 tahun, namun kebanyakan di antara mereka berusia melebihi 50 tahun.

Sekolah Rendah Agama Sungai Sekamat

Padang Bola
Padang bola disediakan untuk kegunaan remaja dan kanak-kanak terutamanya beriadah.


Surau al-Furqan

Comments

Popular Posts